Pameran Bumi Larangan: Zulkifli Dahlan

9 Mei 2017 sehingga 2 Julai 2017

Zulkifli Dahlan bukanlah nama asing dalam landskap seni tempatan dan namanya tercatat dalam pensejarahan seni moden Malaysia. Beliau juga merupakan pelukis pertama yang memenangi pertandingan Bakat Muda Sezaman yang dianjurkan oleh LPSVN pada tahun 1974. Matlamat utama penganjuran pameran ini adalah untuk mengetengahkan karya-karya seni Zulkifli Dahlan dan juga mendedahkan beberapa dimensi penting dalam perkembangan seni untuk tatapan umum kebanyakannya lakaran dan kajian, merangkumi pemikiran dan idea seorang artis dianggap berwawasan dan maju pada zamannya.Malah pameran ini merupakan koleksi seni  yang amat ternilai dan berharga bukan sahaja memandangkan penerokaan formalistik dan tematik oleh artis tetapi yang paling penting, kerana kesan dan pengaruh kepada pembangunan seni tempatan sejak tahun 1970-an dan pelukis merupakan salah seorang daripada perintis seni moden di negara ini serta salah seorang ahli kumpulan Anak Alam, dimana amat terkenal dengan lukisan gaya naif beliau.

Siaran Media Pameran Work x Play

KUALA LUMPUR– Balai Seni Negara akan mengadakan Pameran Work x Play yang telah dirasmikan oleh YBrs. Encik Lim Soon Heng, Producer BFM Media Sdn Bhd pada 11hb Mac 2017 (Sabtu) jam 3.00 petang di Creative Space Bangunan Pentadbiran LPSVN.

 Pameran ini melibatkan 2 orang pelukis iaitu Ahmad Rais dan Tajrin Faruqi yang mempunyai gaya persembahan karya yang berbeza namun berjaya berkerjasama mereka sepanjang perjalanan program residensi dengan semangat kolektif. Sebanyak 41 buah karya catan yang dipersembahkan dalam pameran ini dengan mengetengahkan ciri Neo-Expressionism / Abstract Expressionism. Pameran ini merupakan sebuah pameran kerjasama dengan Sembilan Art Residency Program dan ini merupakan edisi ke-5 penganjuran program residensi mereka.

Penganjuran pameran ini di ruang Creative Space adalah untuk mempergiatkan jumlah aktiviti berpameran kepada para penggiat seni malah berperanan mempromosikan bidang seni visual sebagai asset rich kepada pihak entity korporat dan swasta demi memperluaskan networking pendorong seni tanah air. Malah Creative Space juga menuju kearah strategi monetizing culture dalam bidang kreatif industry dengan harapan tinggi memartabatkan seni visual Negara ke peringkat ekonomi global.

Justeru itu,para pelawat boleh menghayati karya ini dengan lebih dekat yang dibuka kepada orang ramai dari 11 Mac 2017 sehingga 3 April 2017 di Creative Space Bangunan Pentadbiran LPSVN. Orang ramai dijemput hadir. Masuk adalah percuma.

Siaran Media Pameran Solo A Shukri Elias

KUALA LUMPUR– Balai Seni Negara (BSN) akan menganjurkan Pameran Solo A Shukri Elias dimana pameran ini menampilkan sejumlah 37 keping catan cat minyak, akrilik dan campuran atas kanvas, yang dihasilkan oleh A Shukri Elias di antara tahun 2001 hingga 2017. Kesemua catan digubah dalam bentuk abstrak dengan merujuk kepada rupa wajah (potret diri) dan figura manusia.

Sungguhpun menumpukan perhatian kepada potret dan figura manusia sebagai subjek utama, inti penceritaannya adalah kehidupan manusia yang bertolak dari pergolakan perasan dan pemikiran manusia dengan persekitarannya. Pelukis memilih untuk menggunakan elemen senirupa yang paling dasar/asas seperti titik, garisan dan warna.

Penggunaan elemen-elemen yang diolah atau digayakan secara padat, ringkas dan bersahaja telah meninggalkan kesan karekter dan suasana atau mood terhadap subjek serta meninggalkan kita dengan ‘gaya khusus’ A Shukri Elias dalam dunia seni rupa Malaysia.

Majlis perasmian pameran ini telah diadakan pada 6 Mac 2017 (Isnin) jam 3.00 petang di Galeri Potret Negara yang akan disempurnakan oleh YM Tengku Sabri Tengku Ibrahim.

Pameran A Shukri Elias ini dibuka dari 3 Mac 2017 sehingga 25 Mac 2017. Justeru itu,para pelawat boleh menghayati karya- karya yang dipamerkan  dibuka kepada orang ramai di Galeri Potret Negara. Orang ramai dijemput hadir. Masuk adalah percuma.

Perasmian Work X Play

Jemputan Online Perasmian

Penerangan Sahaja