POSTER YAE!

Young Art Entrepreneurs

YAE!

MAKLUMAT PROGRAM YOUNG ART ENTREPRENEURS (YAE!)

YAE! diperkenalkan bagi menyediakan pakej untuk pelukis muda memperlengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan, kemahiran dan ciri‐ciri keusahawanan untuk menjadi usahawan seni yang berdaya maju dan berdaya saing.

Dengan mempelajari sisi perniagaan dalam bidang seni, peserta dapat mengorak langkah membina kerjaya yang diinginkan berdasarkan minat, kebolehan dan bakat yang dimiliki peserta.

Program ini juga membolehkan graduan membina empayar perniagaan sendiri dalam suasana yang terancang dengan bantuan secara hands-on.

Objektif utama YAE! adalah untuk:

  1. Melatih pelukis muda dengan kemahiran keusahawanan.
  1. Memberi pendedahan dan tunjuk ajar secara hands on dan berterusan kepada peserta.
  1. Menggalakkan penjanaan pendapatan melalui hasil aktiviti seni.
  1. Meningkatkan kreativiti peserta dalam membina karya yang menarik dan relevan.

YAE! menggabungkan dua komponen kursus iaitu modul keusahawanan dan modul residensi studio pelukis.

Peserta berpeluang meneroka dan mempelajari idea-idea baru dalam membina model perniagaan yang kompetitif dengan dibantu oleh jurulatih dan mentor berpengalaman bagi memantapkan kemahiran peserta dalam berkarya dan berniaga.

Peserta akan ditempatkan di ruang studio Kontena, Balai Seni Negara, selama 6 bulan bagi memastikan bakal usahawan dapat membina karya dan produk berasaskan seni, di samping mendapat tunjuk ajar dan bimbingan yang mencukupi.

SYARAT PENYERTAAN

Pemohon hendaklah arganegara Malaysia berumur diantara 18-35 tahun

Tidak terikat dengan mana-mana kontrak (pekerjaan/biasiswa).

Telah menghasilkan minima 5 karya dalam tempoh 2 tahun.

Tidak pernah terlibat dalam mana-mana program keusahawanan anjuran kerajaan.

Bersedia untuk mengikuti program ini secara sepenuh masa.

 

KEPERLUAN PERMOHONAN

Pemohon dikehendaki menghantar Borang Penyertaan yang sudah lengkap diisi bersama Portfolio dan CV lengkap yang mengandungi latar belakang pendidikan, pengalaman (jika ada), pameran yang pernah disertai serta aktiviti seni lain yang terlibat.

Setiap permohonan dikehendaki menyertakan gambar karya yang telah dihasilkan sebagai rujukan. Gambar karya yang dihantar hendaklah berbentuk ‘Hi-Res’ (300dpi) dalam format PDf atau JPEG, lengkap bersama maklumat karya tersebut.

Permohonan hendaklah dihantar sebelum atau pada 7 Jun 2017 ke alamat berikut:

Sekretariat YAE!,

Balai Seni Negara,
No 2, Jalan Temerloh off Jalan Tun Razak,
53200 Kuala Lumpur
atau emel ke artgovernance@artgallery.gov.my

 

Tarikh-tarikh penting

Permohonan dibuka: 19 April – 30 Jun 2017

Sesi temuduga: Julai 2017

Kemasukan ke studio Kontena: Julai 2017

Tempoh program: Julai 2017 – Disember 2017

Muat turun borang disini

Siaran Media Pameran Solo Marisa Ng

KUALA LUMPUR– Balai Seni Negara hari ini mengadakan Pameran Solo ke-3 Marisa Ridzuan Ng, Ong: It Came from a Place of Love di Creative Space@Lobi yang dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Dr. Omar Abd Hamid, President & CEO, DEMC Specialist Hospital pada 25hb April 2017 (Selasa) jam 3.00 petang di Creative Space @ Lobi di Bangunan Pentadbiran Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara, Balai Seni Negara.

 Pameran ini dianjurkan bersempena dengan Sambutan Hari Ibu pada bulan Mei dimana menurut pelukis, neneknya ibarat ibu kepadanya dimana merupakan orang yang menjaganya dari lahir sehingga dewasa. Pameran yang diilhamkan oleh hubungan yang mendalam diantara pelukis bersama neneknya yang membesarkannya, dihasilkan secara visual  dari perspektif beliau yang mengikut aliran abstrak ekspressionism.

Untuk makluman tuan/puan, pameran ini juga berharap dapat meningkatkan pemahaman khalayak tentang penyakit kanser kolon dan dementia dimana ahli keluarga atau penjaga pesakit harus menjadi seorang yang dapat menerima dan memberi sepenuh perhatian dan kasih sayang sepertimana yang ditunjukkan oleh pelukis. Menariknya pelukis menterjemahkan setiap memori itu didalam karyanya yang berwarna warni dan penuh ekspresi yang berjumlah 30 buah karya.

Penganjuran pameran ini di ruang Creative Space, turut memberi peluang kepada para kolektor seni untuk membeli dan menikmati keindahan karya-karya yang yang dipamerkan. Justeru itu, para pelawat boleh menghayati karya ini dengan lebih dekat yang dibuka kepada orang ramai dari 22 April 2017 sehingga 21 Mei 2017 di Creative Space@Lobi, Bangunan Pentadbiran LPSVN di Balai Seni Negara. Orang ramai dijemput hadir. Masuk adalah percuma.

PM saksi MoU Pertandingan Seni Negaraku

imagePerdana Menteri menyaksikan pertukaran dokumen perjanjian persefahaman inisiatif Negaraku antara Dr. Khair dengan Dr. Mohamed Najib di Bangunan Perdana Putra hari ini. – UTUSAN ONLINE/fotoBERNAMA

PUTRAJAYA 19 April – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan sempena program Pertandingan Seni Negaraku di Bangunan Perdana Putra, di sini hari ini.

Majlis tersebut ditandatangani oleh Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Dr. Khair Mohamed Yusof dan Ketua Pengarah Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara, Prof. Datuk Dr. Mohamed Najib Ahmad Dawa.

MoU tersebut menandakan usahasama ulung bagi inisiatif Negaraku melibatkan kementerian dalam menyemai semangat cintakan negara melalui ekspresi seni visual dalam kalangan pelajar-pelajar sekolah di negara ini.

Dalam masa sama, ia bertujuan memupuk penghargaan terhadap karya dan bakat seni pada usia yang muda.

Pertandingan Seni Negaraku merupakan pertandingan seni kebangsaan melibatkan sebanyak 10,176 sekolah serta lima juta pelajar seluruh negara yang mana, hasil karya mereka yang terpilih akan dipamerkan di Balai Seni Negara.

Yang turut hadir, Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid; Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa. – UTUSAN ONLINE

Siaran Media Pameran Amal Insani

KUALA LUMPUR– Balai Seni Negara akan mengadakan Pameran Amal Insani yang akan dirasmikan oleh YM Raja Dato’ Haji Idris Raja Kamarudin, Pengerusi, Kumpulan Perangsang Selangor Berhad pada 19hb April 2017 (Rabu) jam 3.00 petang di Creative Space @ Galeri Potret Negara di Balai Seni Negara.

Pameran ini diadakan bersempena dengan Hari Kesedaran Autisme Sedunia pada bulan April sebagai tanda sokongan pihak Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara (LPSVN) untuk memupuk kesedaran dalam kalangan masyarakat agar lebih peka dan memberi sokongan terhadap anak-anak autistik. Pameran ini merupakan kerjasama di antara Inisiatif Sokongan Autisme Nouri (INSANI) dengan Pertubuhan Komuniti Artport Malaysia (Komuniti Artport).

Untuk makluman tuan/puan, pameran ini bertujuan untuk mengumpul dana bagi keperluan tajaan dan pendidikan anak-anak autism dari keluarga yang kurang berkemampuan. Sebanyak 47 buah karya dari 35 orang pengkarya dengan membawa kepelbagaian tema akan dipamerkan di ruangan Creative Space @Galeri Potret Negara bagi tujuan murni pengumpulan dana demi masa depan anak-anak autistik tersebut.

Penganjuran pameran ini di ruang Creative Space, turut memberi peluang kepada para kolektor seni untuk membeli dan beramal dalam masa yang sama menikmati keindahan karya-karya yang yang dipamerkan serta menunjukkan sokongan dan keprihatinan mereka. Justeru itu, para pelawat boleh menghayati karya ini dengan lebih dekat yang dibuka kepada orang ramai dari 2 April 2017 sehingga 25 April 2017 di Creative Space@Galeri Potret Negara di Balai Seni Negara. Orang ramai dijemput hadir. Masuk adalah percuma.

ONG

ONG: It Came From A Place of Love

ONG

ONG 2

IMG-20170414-WA0028

Pertandingan Melukis Poster Bertemakan ‘Negaraku’

IMG-20170414-WA0028
SYARAT PERTANDINGAN
– Penyertaan adalah percuma.
– Penyertaan adalah secara individu dan terbuka kepada pelajar Sekolah Rendah dan Menengah.
– Masa pendaftaran bermula jam 9.30 pagi
– Masa pertandingan dari jam 10.00 pagi sehingga jam 1.00 tengahari
– Setiap peserta akan diberikan sehelai kertas lukisan rasmi berukuran 37.5cm x 27cm (drawing block).
– Peserta bebas menggunakan sebarang medium . Medium tidak akan disediakan oleh pihak penganjur. Setiap peserta hendaklah membawa medium sendiri.
– Peserta hanya boleh menghantar satu (1) lukisan sebagai penyertaan.
– Tema pertandingan adalah “Negaraku” yang menggambarkan jati diri serta berkaitan dengan perkara- perkara yang murni dan positif yang dapat dijadikan teladan baik dan ikutan masyarakat.
– Karya yang dilukis hendaklah tidak mengandungi unsur-unsur sentimen yang bersifat perkauman, politik dan juga isu-isu yang menyentuh sensitiviti rakyat Malaysia.
– Setiap lukisan mestilah karya yang asli. Idea lukisan mestilah hasil ciptaan sendiri dan tidak pernah disiarkan dalam media cetak mahupun internet. Plagiat adalah tidak dibenarkan sama sekali. Penyertaan akan dibatalkan sekiranya terdapat unsur-unsur plagiat.
– Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi urusetia pertandingan di talian 03 – 40267000 atau 019-3291662 ( Mohd Daud Abd Razak)

– Nama , Nama sekolah dan nombor telefon peserta hendaklah dicatitkan di belakang kertas lukisan.
– Keputusan juri adalah muktamad.
– Pemenang pertandingan akan dihubungi melalui telefon.
– Karya 3 pemenang setiap mingguan akan di muatnaik di Facebook Balai Seni Negara, undian “Like” tertinggi akan di umum sebagai pemenang semasa Grand Final (26 Ogos 2017)
– Karya- karya pemenang akan dipamerkan di Balai Seni Negara ( GRAND FINAL )
– Setiap karya yang dipertandingkan adalah menjadi hak milik penganjur.
– Sijil penyertaan akan diberikan kepada setiap peserta

Kategori Sekolah Rendah (Mingguan)
3 Pemenang terbaik: RM100

Kategori Sekolah Menengah (Mingguan)
3 Pemenang terbaik: RM100

Kategori Undian “Like” tertinggi di Facebook  Balai Seni Negara
1 Pemenang Kategori Sekolah Rendah RM 500.00
1 Pemenang Kategori Sekolah Menengah RM 500.00

Kategori Sekolah Rendah (GRAND FINAL)
Hadiah Tempat Pertama: RM800
Hadiah Tempat Kedua : RM500
Hadiah Tempat Ketiga : RM300

Kategori Sekolah Menengah (GRAND FINAL)
Hadiah Tempat Pertama : RM1000
Hadiah Tempat Kedua : RM800
Hadiah Tempat Ketiga : RM500

https://youtu.be/p6ayPv5Pmis
http://www.utusan.com.my/berita/nasional/pm-saksi-mou-pertandingan-seni-negaraku-1.471393

 

Majlis Perasmian Pameran Amal Insani

Jemputan-Online-Perasmian

Aturcara Majlis

2.20 petang:      Ketibaan tetamu

2.30 petang:

Ketibaan Dif-dif kehormat Ketibaan YBhg. Prof. Dato’ Dr. Mohamed Najib Ahmad Dawa
(Ketua Pengarah Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara)

Ketibaan YM Raja Dato’Haji Idris Raja Kamarudin
(Pengerusi Kumpulan Perangsang Selangor Berhad)

3.00 petang:

Ucapan Aluan oleh YBhg. Prof. Dato’ Dr. Mohamed Najib Ahmad Dawa
(Ketua Pengarah Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara)

Ucapan Perasmian oleh YM Raja Dato’Haji Idris Raja Kamarudin
(Pengerusi Kumpulan Perangsang Selangor Berhad)

Lawatan ke ruang pameran Creative Space

Jamuan ringan

5.00 petang:     Majlis Bersurai

Kod Pakaian: Kasual Kemas

Flyers Amal InsaniOL

Pameran Amal Insani

Flyers Amal InsaniOL

Flyers Amal InsaniOL