KUALA LUMPUR, 7hb Mei 2016 – Balai Seni Visual Negara (BSVN) hari ini telah mengadakan Majlis Perasmian Pameran TUNJANG yang dilancarkan oleh  YBhg. Dato’ Haji Taib bin Ali, Ahli Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara pada 7hb Mei 2016 (Sabtu) pada jam 4.00 petang bertempat di Creative Space, Bangunan Pentadbiran LPSVN.

Pameran Tunjang ini melibatkan empat artis veteran iaitu Yusof Osman, Ali Rahamad, Mustapa Ibrahim dan Maryam Abdullah. Mereka dikenali sebagai pelukis berbakat yang terawal dalam kolektif Anak Alam yang ditubuhkan pada 1974. Kolektif ini adalah sekolah seni yang tidak formal dan berfungsi sebagai studio dan galeri seni kepada pelukis autodidak serta pelukis muda , generasi penyajak dan pelakon .

Perkataan Tunjang adalah cadangan daripada Yusoff Osman dan Ali Rahamad yang membawa maksud berakar dan mendukung metafora saling menolong yang bersifat asal dan asas sokongan jiwa murni kepada Anak Alam berdasarkan “Manifestasi Jenerasi Anak Alam”.

Perkataan Anak Alam pula adalah cadangan daripada Latiff Mohidin dimana beliau menerima pengajian seni secara formal di Jerman. Anak Alam adalah penterjemahan daripada bahasa Jerman iaitu ‘Kinder Natur”.

Para pelawat boleh menghayati keunikan lukisan oleh empat pelukis yang cukup berbakat yang telah dibuka kepada orang ramai pada 7hb Mei 2016 sehingga 22hb Mei 2016 jam 10 pagi sehingga 6.00 petang di Creative Space @ Lobi @ Galeri Bangunan Pentadbiran Lembaga Pengunan Seni Visual Negara. Orang ramai dijemput hadir.

0 replies

Leave a Reply

Want to join the discussion?
Feel free to contribute!

Tinggalkan Balasan