Siaran Media Majlis Perasmian Pameran ‘KOLEKSI TRADISI KE POP”

KUALA LUMPUR, 22 September 2016Balai Seni Visual Negara (BSVN) hari ini telah mengadakan Majlis Perasmian Pameran “KOLEKSI TRADISI KE POP” yang dilancarkan oleh Puan Elizaberth Cardosa iaitu Presiden Badan Warisan Malaysia pada 22hb September 2016 (Khamis) jam 3.00 petang.

Wayang Kulit merupakan sejenis teater tradisional yang popular dalam kalangan masyarakat Asia Tenggara sebelum kedatangan pelbagai seni  hiburan dan persembahan moden yang kebanyakannya berasaskan media elektronik. Ia merupakan satu bentuk persembahan teater yang menggunakan prinsip cahaya dan bayang.

Pameran yang diadakan di Balai Seni Visual Negara ini menampilkan patung-patung wayang asli yang diambil dari beberapa koleksi peribadi serta interpertasi wayang kulit kontemporari yang memaparkan imej-imej adiwira dalam budaya popular masakini. Pameran ini bertujuan untuk meninjau pelbagai bentuk persaingan di antara para penggiatnya dan keperluan untuk menerapkan elemen-elemen budaya popular dari segi reka bentuk patung serta kepenggunaan bahasa dan bunyi demi memenuhi permintaan semasa.

Sebanyak 35 karya dan bahan-bahan arkib yang dicetak semula dipamerkan disini dalam pelbagai bentuk dimensi. Antaranya ialah karya-karya oleh pelukis senior dan Tokoh Seni Cetak Malaysia, Long Thien Shih dan pelukis Allahyarham Nik Zainal Abidin Nik Salleh (1936-1993) yang telah mempopularkan watak-watak wayang di dalam lukisan-lukisannya. Antara beberapa projek berkumpulan dan kolaborasi yang dibawa khas ke pameran ini ialah Fusion Wayang Kulit, Main Wayang, Wayang Kulit Malaysia dan Wang Kulit Semangat Baru.

Justeru itu para pelawat boleh menghayati keunikan seni wayang kulit dengan lebih dekat bermula daripada 26hb Ogos 2016 sehingga 30hb September 2016, jam 10 pagi sehingga 6.00 petang di Creative Space, Balai Seni Visual Negara. Orang ramai dijemput hadir.

0 replies

Leave a Reply

Want to join the discussion?
Feel free to contribute!

Leave a Reply