Siaran Media Sager

KUALA LUMPUR, 15 November 2016– Balai Seni Visual Negara (BSVN) dengan bangganya mempersembahkan PAMERAN SOUTHEAST ASIA ART GROUP EXCHANGE (SAGER) : TIES OF TENGGARA DI BALAI SENI VISUAL NEGARA (BSVN) bermula 15hb November 2016  sehingga 20hb Januari 2016. Pameran ini dirasmikan oleh Ybhg Datuk Khairul Anwar Bin Salleh, Ahli Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara.

SAGER: Ties of Tenggara merupakan sebuah pameran berkumpulan alumni daripada program pertukaran kumpulan seni diantara negara- negara  Asean. Program tersebut merupakan sebuah platfom bagi seniman muda untuk berinteraksi dan menjalinkan hubungan seni serantau. Pameran anjuran bersama HOM Art Trans dengan kerjasama Balai Seni Visual Negara ini disertai oleh seniman-seniman muda kontemporari seperti Azam Aris, Suddin Lappo, Ching Kim Chiew, Zelin Seah dan Fadly Sabran daripada Malaysia. Choiruddin, Wisnuaji Putu, Iqro’ Ahmad, Andi Ramdani, Nugroho Heri Cahyono dan Didik Wahyu Setiawan daripada Malaysia. Tristram Miravalles, Guenivere Decena, Mervin Pimentel, Carlo ‘Caloy’ Gernale, Christopher Zamora, Zean Cabangis, Amer Mira dan Iggy Rodriguez pula daripada Filipina.

Pada masa yang sama, seniman-seniman ini juga terlibat dengan program sampingan seperti mengadakan Bicara Seni di Institut pengajian seni tempatan seperti UiTM, Malaysian Institute of Art, Dasein Academy of Art dan One Academy. Sebahagian daripada mereka pula mengadakan projek komuniti di kawasan Chow Kit dengan tajuk ‘Memories of Chow Kit’ dan projek kolaborasi seniman Tenggara bertajuk “Sama-sama” anjuran bersama Kapal lorek dan di Bandar Seri Iskandar Perak.

Selain berpameran  mereka juga mengadakan siri bicara seni di institut pengajian seni dan projek publik dan komuniti dengan seniman-seniman tempatan. Mereka juga berkumpul dan berbincang bagi mendapatkan prasarana terbaik agar program dapat dieruskan bagi memberi manafaat pada generasi seniman muda seterusnya.

Justeru, para pelawat boleh menghayati karya dengan lebih dekat di galeri 3A dan 3B, BSVN dan dibuka kepada orang ramai mulai 15hb November  2016 sehingga 20hb Januari 2017. Orang ramai dijemput hadir.

                KP_LPSVN         IMG_8905

                IMG_8955           IMG_8917

IMG_8931

0 replies

Leave a Reply

Want to join the discussion?
Feel free to contribute!

Tinggalkan Balasan