Majlis Perasmian 1MCAT 2016

Perasmian 1MCAT2016

Sukacita dimaklumkan bahawa Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara (LPSVN) akan mengadakan Pameran 1Malaysia Community Art Tourism (1MCAT) 2016 di Galeri REKA dari 26 September sehingga 31 Disember 2016. Pameran ini mempamerkan 100 buah karya yang telah dirakam dan divisualkan oleh para seniman tanah air yang memaparkan beberapa destinasi, lokasi berpotensi untuk pelancongan baru yang memiliki tarikan tersendiri di negeri masing-masing. Semua lokasi, produk seni budaya dan warisan ini dipetakan sebagai sebuah direktori pelancongan untuk kegunaan pelancong domestik dan amtarabangsa. Pada masa yang sama juga kita telah mengangkat kerja kreatif para pelukis tanah air dan memperlihatkan peranan serta sumbangan mereka terhadap industri pelancongan Negara.

Bersempena dengan Pameran (1MCAT) 2016 juga, LPSVN turut mengadakan program sampingan iaitu 1MCAT Art Bazaar pada 26 November dan 27 November 2016.

Sehubungan dengan itu, satu majlis perasmian akan diadakan dan dirasmikan oleh YBhg. Datuk Seri Mirza Mohammad Taiyab, Ketua Pengarah, Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (Tourism Malaysia) pada 26 November 2016 (Sabtu), 11.00 pagi, Aras 1, Bangunan Galeri Balai Seni Visual Negara

0 replies

Leave a Reply

Want to join the discussion?
Feel free to contribute!

Tinggalkan Balasan