KUALA LUMPUR– Balai Seni Negara sedang mengadakan Pameran Spring Melody yang akan dirasmikan oleh YBrs. Dr. Choong Kam Kow, pada 11hb Februari 2017 (Sabtu) jam 2.00 petang di Creative Space Bangunan Pentadbiran LPSVN.

 Pameran “Spring Melody” ini merupakan sebuah pameran berkumpulan oleh Persatuan Pelukis Malaysia. Seramai 19 orang pelukis  mempamerkan 43 buah karya dari pelbagai medium seperti cat cair, cat minyak, chinese brush painting dan akrilik mengikut idea dan olahan kreativiti para pelukis. “Spring Melody” memberi makna dan semangat berlapis kepada ahli Persatuan Pelukis Malaysia supaya meneruskan usaha untuk mempergiatkan seni dan matlamat persatuan. Pelukis yang terlibat dalam pameran ini adalah Shirley Chu, Jane Tan, Michael Yee, Eva Chin, Phang Chew, Ong Keng Hong, Tan Sik Yaw, Choh Kok Kheong, Amy Lai Yap Ching Hua, Stanley Goh , Kam Wui Mui, Alice Chang, Kong Yok Chan, Shireen Lee, Lim Anuar, Peter Chuah , Nancy Lua  dan Choh Kiat Siong.

Penganjuran pameran ini di ruang Creative Space adalah untuk mempergiatkan jumlah aktiviti berpameran kepada para penggiat seni malah berperanan mempromosikan bidang seni visual sebagai asset rich kepada pihak entity korporat dan swasta demi memperluaskan networking pendorong seni tanah air. Malah Creative Space juga menuju kearah strategi monetizing culture dalam bidang kreatif industry dengan harapan tinggi memartabatkan seni visual Negara ke peringkat ekonomi global.

Justeru itu,para pelawat boleh menghayati karya ini dengan lebih dekat yang dibuka kepada orang ramai dari 6hb Februari 2017 sehingga 26 Februari 2017 di Creative Space Bangunan Pentadbiran LPSVN.Orang ramai dijemput hadir. Masuk adalah percuma.