Pameran Escape From The Sea

Jemputan-Majlis-Perasmian

KUALA LUMPUR– Balai Seni Negara (BSN) menganjurkan PAMERAN ESCAPE FROM THE SEA yang merupakan sebuah kolaborasi diantara Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara (LPSVN) bersama Japan Foundation serta Art Printing Works Sdn Bhd. Pameran ini berkisar tentang subjek identiti, kepunyaan, sejarah persempadanan dan politik sosial.

Pameran ini juga merupakan kesinambungan dari program pembangunan kuratorial 2017 anjuran Japan Foundation iaitu Condition Report yang terbahagi kepada dua bahagian: Bahagian pertama merupakan kolaborasi dari empat tempat utama iaitu di Jakarta, Kuala Lumpur, Manila dan Bangkok. Bahagian kedua memaparkan 14 pameran yang dikuratorkan oleh peserta kuratorial yang disenarai pendek dari program tersebut.

Pameran ini memaparkan laut sebagai sebuah bentuk fizikal dan metafora yang mendefinisikan sebagai sebuah sempadan maritim dan geopolitik serta menggambarkan keadaan laut yang tiada sempadan.  Tajuk pameran juga menyatakan tentang lari dari sesuatu yang berbentuk politik dan puitis. Dimana pensempadanan diantara kediaman dan jiran, diri sendiri dan orang lain, sejarah dan kontemporari, fakta dan rekaan, realiti dan bayangan dalam sebuah pelarian yang tiada kepastian.

Escape from the SEA memaparkan karya dari mereka yang mempunyai kepelbagaian konteks, praktis dan penggunaan media, filem, video, instalasi, persembahan, projek penyelidikan. Sebahagian karya memberi respond secara terus terhadap isu sempadan: diantara tanah dan air, ada yang cuba ke arah sempadan peribadi, mengisahkan tentang kehidupan sendiri dan persoalan awam serta kemungkinan dalam pensempadanan apa yang kita tahu tentang sejarah, masa dan ruang.

Pameran Escape from the SEA yang dikuratorkan oleh  Hattori Hiroyuki dan Yap Sau Bin, dengan kerjasama dari Sarmiento (Philippines), Kurnia Yunita Rahayu (Indonesia), Souliya Phoumivong (Laos) dan Goh Sze Ying (Malaysia). Pameran dibuka dari 24 Februari 2017 sehingga 23 April 2017. Justeru itu,para pelawat boleh menghayati karya- karya yang dipertandingkan yang dibuka kepada orang ramai di Galeri Reka. Orang ramai dijemput hadir. Masuk adalah percuma.