Press Release Solo A Shukri Elias Exhibition

KUALA LUMPUR– Balai Seni Negara (BSN) akan menganjurkan Pameran Solo A Shukri Elias dimana pameran ini menampilkan sejumlah 37 keping catan cat minyak, akrilik dan campuran atas kanvas, yang dihasilkan oleh A Shukri Elias di antara tahun 2001 hingga 2017. Kesemua catan digubah dalam bentuk abstrak dengan merujuk kepada rupa wajah (potret diri) dan figura manusia.

Sungguhpun menumpukan perhatian kepada potret dan figura manusia sebagai subjek utama, inti penceritaannya adalah kehidupan manusia yang bertolak dari pergolakan perasan dan pemikiran manusia dengan persekitarannya. Pelukis memilih untuk menggunakan elemen senirupa yang paling dasar/asas seperti titik, garisan dan warna.

Penggunaan elemen-elemen yang diolah atau digayakan secara padat, ringkas dan bersahaja telah meninggalkan kesan karekter dan suasana atau mood terhadap subjek serta meninggalkan kita dengan ‘gaya khusus’ A Shukri Elias dalam dunia seni rupa Malaysia.

Majlis perasmian pameran ini telah diadakan pada 6 Mac 2017 (Isnin) jam 3.00 petang di Galeri Potret Negara yang akan disempurnakan oleh YM Tengku Sabri Tengku Ibrahim.

Pameran A Shukri Elias ini dibuka dari 3 Mac 2017 sehingga 25 Mac 2017. Justeru itu,para pelawat boleh menghayati karya- karya yang dipamerkan  dibuka kepada orang ramai di Galeri Potret Negara. Orang ramai dijemput hadir. Masuk adalah percuma.