KUALA LUMPUR– Balai Seni Negara akan mengadakan Pameran Work x Play yang telah dirasmikan oleh YBrs. Encik Lim Soon Heng, Producer BFM Media Sdn Bhd pada 11hb Mac 2017 (Sabtu) jam 3.00 petang di Creative Space Bangunan Pentadbiran LPSVN.

 Pameran ini melibatkan 2 orang pelukis iaitu Ahmad Rais dan Tajrin Faruqi yang mempunyai gaya persembahan karya yang berbeza namun berjaya berkerjasama mereka sepanjang perjalanan program residensi dengan semangat kolektif. Sebanyak 41 buah karya catan yang dipersembahkan dalam pameran ini dengan mengetengahkan ciri Neo-Expressionism / Abstract Expressionism. Pameran ini merupakan sebuah pameran kerjasama dengan Sembilan Art Residency Program dan ini merupakan edisi ke-5 penganjuran program residensi mereka.

Penganjuran pameran ini di ruang Creative Space adalah untuk mempergiatkan jumlah aktiviti berpameran kepada para penggiat seni malah berperanan mempromosikan bidang seni visual sebagai asset rich kepada pihak entity korporat dan swasta demi memperluaskan networking pendorong seni tanah air. Malah Creative Space juga menuju kearah strategi monetizing culture dalam bidang kreatif industry dengan harapan tinggi memartabatkan seni visual Negara ke peringkat ekonomi global.

Justeru itu,para pelawat boleh menghayati karya ini dengan lebih dekat yang dibuka kepada orang ramai dari 11 Mac 2017 sehingga 3 April 2017 di Creative Space Bangunan Pentadbiran LPSVN. Orang ramai dijemput hadir. Masuk adalah percuma.