Pelancaran Kalendar Balai Seni Negara 2018

KUALA LUMPUR – Balai Seni Negara dengan sukacitanya telah melancarkan Kalendar Program 2018, Pelancaran Katalog KL Biennale & Go Gallery Apps  dilancarkan pada 11 Januari 2018 di Balai Seni Negara. Majlis Pelancaran ini diadakan sebagai pembuka acara bagi tahun 2018 serta memaklumkan kepada khalayak mengenai perancangan dan aktiviti Balai Seni Negara pada tahun 2018 selaras dengan Sambutan 60 Tahun Balai Seni Negara pada tahun ini.  Kalendar program ini boleh diakses melalui Aplikasi Mobile LPSVN.  Melalui aplikasi ini, ia memudahkan masyarakat dan peminat seni untuk mendapatkan informasi terkini mengenai program atau aktiviti yang dianjurkan oleh Balai Seni Negara di sepanjang tahun.

Selain itu, Balai Seni Negara turut akan melancarkan Katalog KL Biennale yang menghimpunkan pelbagai karya-karya menarik sepanjang pameran diadakan bermula pada 1 November 2017 sehingga 30 Mac 2018.  Manakala, Go Gallery Apps adalah merupakan sebuah laman web yang menghimpunkan maklumat acara-acara seni bagi galeri-galeri swasta dan maklumat seni seluruh Malaysia.

Majlis perasmian ini telah disempurnakan oleh YBhg. Prof. Dato’ Dr. Mohamed Najib bin Ahmad Dawa, Ketua Pengarah Balai Seni Negara pada 11 Januari 2018 pada jam 3.00 petang.

        26231124_1310547202424569_6257644123778968485_n   26238758_1310547725757850_1680304214891954981_n  26804466_1310547389091217_2750054535008520306_n0009