Penaja diakui dan dipromosikan dalam semua bahan pameran yang ditaja atau program-program/ aktiviti-aktiviti yang berkaitan:

• Pemaparan logo penaja atau simbol-simbol/ imej korporat pada teks dinding dan di tempat masuk ke pameran.
• Kesemua bahan pengiklanan dan promosi adalah termasuk poster-poster, sepanduk, risalah-risalah, risalah bercetak, risalah elektronik dan sebagainya.
• Perakuan dan penghargaan dicetak dalam kalendar tahunan kami yang diedarkan kepada lebih 4000 orang ahli, kakitangan, dan pelawat Balai Seni Negara.
• Perakuan dalam kenyataan Media disertakan di dalam kit media)
• Katalog pameran yang ditaja dan berita bulanan bahasa Inggeris ‘SENIKINI’ kami, yang tersedia kepada orang awam secara percuma.
• Balai Seni Negara akan meletakkan logo pihak penaja pada laman web Balai Seni Negara www.artgallery.gov.my. Sehingga 1 Januari 2011, kami mempunyai sebanyak 433,571 lawatan pada laman web kami.

Tambahan pula, pihak penaja juga menerima:

• Jemputan khas ke pelancaran pameran dan aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh Balai Seni Negara (satu pendekatan yang istimewa untuk menghiburkan pelanggan dan pelawat pihak penaja)
• Penyediaan lawatan persendirian untuk pameran dan galeri (20 orang untuk setiap sesi*)
• Cenderamata dan hadiah-hadiah khas lain yang berkaitan dengan pameran yang ditaja.
• Potongan harga tambahan untuk barangan niaga tertentu di kedai galeri Balai Seni Negara (Hanya dalam tempoh pameran sahaja)
• Satu sijil penghargaan danpeneraan nama pihak penaja pada “Dinding Kemasyhuran” di Balai Seni Negara.

*Pihak penaja juga akan ditawarkan faedah-faedah berikut dengan kos yang minimum:

• Penggunaan Auditorium Balai Seni Negara untuk tujuan mengadakan ceramah, persidangan, rancangan penayangan atau pelancaran.
• Pengacaraan majlis-majlis persendirian atau korporat, jamuan makan malam atau perasmian kecil yang dianjurkan di Balai Seni Negara (untuk kawasan-kawasan tertentu sahaja)

*Tertakluk kepada terma dan syarat.