Sebagai usaha untuk menyokong dan menyemarakkan semangat penyatuan dan penghayatan bersama terhadap karya-karya dan pelukis tempatan negara, Balai Seni Visual Negara amat mengalu-alukan kerjasama dalam mewujudkan perkongsian pintar bersama pihak sektor korporat, swasta dan badan organisasi untuk menaja program-program seni seperti pameran, pendidikan, perolehan, pemuliharaan, penerbitan dan promosi.

Segala bentuk  tajaan yang disumbangkan  akan diberi keutamaan penghargaan serta pengiktirafan khas  dalam setiap promosi, bahan cetakan dan  terbitan. Penaja turut berpeluang menikmati pengecualian cukai di samping diberi penghargaan dengan mempamerkan logo syarikat di galeri yang terpilih untuk satu tempoh masa yang tertentu, di samping beberapa kemudahan lain yang menarik seperti berpeluang memperolehi hasil karya terus dari pelukis tempatan serta pelukis tamu.

Di antara pihak-pihak yang telah menjadi penaja utama dalam program di BSVN terdahulu ialah seperti Phillip Morris Malaysia, ExxonMobil Malaysia, Shell, Nokia, Malayan Tobacco dan Petronas. Pendekatan ini memperlihatkan peranan sektor swasta dan korporat  secara bersepadu di dalam pemupukan nilai budaya yang positif ke arah memperkukuh pembangunan seni tampak negara.

Kami mengalu-alukan sumbangan anda.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Cawangan Sumbangan & Tajaan, Bahagian Komunikasi Korporat di talian 03-4026 7000