Ruang Rujuk

Ruang rujuk adalah ruang dimana pihak awam boleh memohon apa-apa perkhidmatan penyelidikan dari BSVN. Berikut adalah soalan lazim yang biasa ditanya oleh pihak awam kepada BSVN.

1. Apakah khidmat penyelidikan yang disediakan?
Bahagian penyelidikan menyediakan khidmat seperti memberikan informasi kepada pelajar atau penyelidik luar yang ingin membuat kajian. Di samping itu juga bahagian penyelidikan menjalankan kerja-kerja dokumentasi bagi program-program luar dan kajiselidik berkenaan sejauh mana orang awam mendalami akan seni visual. Selain daripada itu bahagian penyelidikan turut mengadakan bengkel/dialog untuk penggiat seni tanah air dari masa ke semasa.

2. Bagaimanakah saya hendak mengkaji tentang pelukis?

Sebelum memulakan kajian, kenal pasti nama sebenar pelukis tersebut. Maklumat seperti biodata pelukis tempatan yang berdaftar boleh dirujuk di pusat sumber BSVN. Bagi mendapatkan maklumat yang lebih lanjut berkenaan pelukis pihak kami boleh membantu mendapatkan maklumat perinci pelukis bagi menjalankan kajian terus dengan pelukis yang ingin dikaji dan boleh dirujuk dengan Kurator Bahagian Penyelidikan Norazmah binti Rashid dan email ke norazmah@artgallery.gov.my

3. Bagaimanakah saya boleh mengkaji atau menilai karya koleksi BSVN?

Kenal pasti nama karya, nama pelukis, tahun dan spesifikasi karya yang ingin dikaji. Maklumat karya himpunan koleksi tetap boleh terus didapati pada portal BSVN di ruang penyelidik & pelajar melalui enjin pencarian yang disediakan. Maklumat berupa hardcopy atau buku bertajuk Inventori Himpunan Tetap Warisan Seni Tampak Negara 1958-2003 boleh didapati di pusat sumber BSVN. Bagi mendapatkan maklumat yang lebih lanjut berkenaan dengan karya boleh dirujuk dengan Kurator Bahagian Koleksi En. Amerrudin Bin Ahmad dan email ke amerrudin@artgallery.gov.my

4. Bagaimanakah saya boleh mendapatkan maklumat seperti info mengenai BSVN, program/pameran yang di jalankan, sumber, dan kemudahan yang disediakan BSVN?

Maklumat berkenaan dengan sejarah, akta tubuh, logo, visi, misi, objektif, Ahli Lembaga Amanah BSVN, profil Ketua Pengarah BSVN, carta organisasi, fungsi bahagian prosedur urusan Piagam Pelanggan, bangunan BSVN, waktu operasi BSVN, sumber, kemudahan yang di sediakan, berita dan program/pameran yang di jalankan boleh diperolehi pada portal BSVN. Maklumat perinci boleh diajukan kepada Penolong Kurator Bahagian Penyelidikan En. Azman Md Salleh dan email ke azman@artgallery.gov.my

5. Bagaimanakah saya boleh memelihara sesebuah karya?
Konservasi atau sebelum ini dikenali sebagai pemuliharaan mempunyai dua kaedah pelaksanaan, iaitu konservasi preventif dan konservasi kuratif. Bagi menjamin keselamatan dan kualiti sesuatu koleksi, kaedah yang pertama ini hendaklah sentiasa diberi penekanan. Ini disebabkan ia tidak memerlukan kepakaran khas dan kos yang sangat tinggi, memadai dengan rasa tanggungjawab dan perhatian yang serius.Manakala kaedah yang kedua memerlukan tindakan kepakaran yang khusus dan mungkin mengakibatkan perbelanjaan yang tinggi bagi mendapatkan bahan-bahan tertentu yang tidak boleh didapati di dalam negara.

  • Konservasi Preventif
    Merupakan tindakan pemeliharaan dengan memastikan keadaan keselamatan, persekitaran dan koleksi berada dalam keadaan baik dan terkawal. Kawalan Suasana atau Environmental Monitoring adalah amat perlu dengan memastikan suhu, pengcahayaan, tahap kelembapan bandingan, kawalan radiasi dan pencemaran sentiasa di pantau dan di kawal. Selain itu persekitaran yang baik juga dapat menghindarkan koleksi dari masalah kerosakan yang diakibatkan oleh faktor kimia, fizikal dan ajen-ajen makhluk perosak.

  • Konservasi Kuratif
    Restorasi dan awetan termasuk dalam kaedah ini. Aktiviti kaedah ini ialah mencuci permukaan dengan cara kering dan larutan, membuat rawatan, relining, in painting, infilling, konsolidasi dan lain-lain lagi. Kerja-kerja ini dijalankan didalam makmal konservasi oleh pegawai dan kakitangan konservasi yang terlatih dengan bantuan kelengkapan dan peralatan khas yang dikhususkan untuk tiap-tiap jenis bahan dan objek seni.

    Bagi mendapatkan maklumat yang lebih lanjut mengenai konservasi atau pemuliharaan sesebuah karya boleh dirujuk kepada Kurator Bahagian Konservasi En. Musrizal Mat Isa atau email ke musrizal@artgallery.gov.my