Projek Perjalanan Lapangan Asia – Daisuke Takeya

Field Trip Project merupakan satu projek mobil, melibatkan penyertaan dan pameran seni interaktif yang dipasang pada beg sekolah dalam lingkungan sekolah rendah jepun. Menjelajahi pelbagai lokasi, ia menghubungkan orang dan komuniti, jauh dari kotak putih galeri seni dan muzium, berlokasi dimana-mana dari sebuah padang lapang, dan kawasan yang terjejas oleh bencana hingga jalan-jalan tempat membeli-belah, dan kawasan perumahan residensi serta kejiranan. Setiap satu interaksi dengan projek ini merupakan satu memori untuk masa hadapan.

Speak Cryptic

Farizwan Fajari, atau lebih dikenali sebagai Speak Cryptic, lahir pada tahun 1980 dan merupakan seorang artis visual yang bekerja dan bermastautin di Singapura. Berinspirasikan bahasa visual yang berleluasa dengan kebudayaan komik dan muzik indie/underground, karya beliau secara utama banyak berhadapan dengan isu yang berkaitan keadaan, kehidupan sebagai seorang manusia.

Speak Cryptic cenderung dalam menggunakan ikonografi peribadi, menerusi sekumpulan watak yang beliau bangunkan selama bertahun, dalam pelbagai naratif yang berinspirasikan pemerhatian beliau pada urusan semasa, dan persekitaran beliau.

 

Hasnul Jamal Saidon

Specialisation

New Media Theory & History, Contemporary Visual Art, Video Art, Painting, Drawing, Writing/editing, curating art exhibition, directing theatre/stage/video production, graphic designing and advertising concept, music composition and vocal, instruments (guitar, piano, drum, percussion – self-taught)

Education

1993 
MFA in Electronic Arts, Rensselaer Polytechnic Institute, New York, USA

1991
BFA in Painting, Southern Illinois University, USA

1988
Diploma in Art & Design (Fine Art), Universiti Teknologi Mara, Shah Alam

Muslim Matajim

Dilahirkan pada 11 Oktober 1978 di Kampung Darau Menggatal, Kota Kinabalu, Sabah dan merupakan full time artist. Telah mengadakan pameran solo dan banyak mengadakan pameran secara berkumpulan di Sabah

Tan Vooi Yam

Mendapat pendidikan dari Kolej Seni Kuala Lumpur pada tahun 1992 dalam seni halus. Karya-karya seni beliau termasuk tembikar, ukiran kayu dan seni seramik yang terdiri daripada lukisan minyak bersatu pada jubin seramik. Bagi Tan tema beliau berkisar alam sekitar, agama dan kanak-kanak. Tan menggambarkan dirinya sebagai pengeluar tembikar generasi ketiga. Keluarganya mempunyai sebuah kilang seramik di Bercham yang menghasilkan produk seramik terutamanya stoneware. Selepas menamatkan pengajian di kolej beliau kembali membantu perniagaan keluarga pada mulanya bermula dengan mereka bentuk dan seterusnya ke bentuk seni sendiri dan mencipta gaya 3D seni seramik. Beliau pernah mengadakan pameran solo yang bertajuk “A Journey from Earth to Fire” di Ipoh pada tahun 2013.

O. Don Peris

Don Peris lahir pada 15 September 1893 dan meninggal dunia di Kuala Lumpur pada 13 April 1975. Beliau merupakan seorang pelukis imigran yang berasal dari Sri Lanka dan merupakan Pelukis Diraja Sultan Johor pada tahun 1922 iaitu ditugaskan untuk melukis potret keluarga diraja dan memulihkan sebahagian daripada lukisan lama semasa pemerintahan Sultan Ibrahim.

Beliau belajar seni di Sri Lanka dan juga berada di bawah didikan M. Dereux yang merupakan  seorang pelukis dan pengukir di Paris. O. Don Peris bukan sahaja seorang pelukis, beliau juga telah belajar seni arca.