Niranjan Rajah

Niranjan Rajah lahir pada tahun 1961, Malaysia dan menetap dan bekerja di Vancouver, Canada. Beliau memegang MFA dari Goldsmiths, University of London. Niranjan Rajah adalah seorang artis, ahli teori, kurator dan akademik. Beliau pernah berkhidmat di Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif, Universiti Malaysia Sarawak, Kuching, Malaysia dan kini bertugas di Sekolah Seni dan Teknologi Interaktif di Simon Fraser University, Vancouver. Niranjan adalah perintis seni media baru Asia Tenggara dan sumbangannya telah diakui dalam retrospektif, ‘Relocations’, pada Simposium Antarabangsa Seni Elektronik (Singapura, 2008).