Hayati Mokhtar

Hayati Mokhtar lahir pada tahun 1969 dan menetap  di Kuala Lumpur dan mendapat pendidikan  ijazah sarjana muda di Chelsea College of Art and Design, London, United Kingdom dan mendapat sarjana di Goldsmiths’ College, University of London, United Kingdom. Keasyikan beliau dengan isu-isu identiti budaya dan rasa kehilangan yang disebabkan oleh warisan penjajahan dan globalisasi.  Tema ini  menyokong minatnya dalam penggunaan susuk objek budaya tertentu dan telah mempengaruhi beliau dalam kerja-kerja video yang terkini.  Beliau juga terlibat dalam pameran-pameran antarabangsa termasuk di Institut Seni Kontemporari Perth dan di Palais de Tokyo.