Roopesh Sitharan

Roopesh Sitharan dilahirkan pada tahun 1979 di Kuala  Lumpur. Beliau mendapat pendidikan di Multimedia University, Cyberjaya, dalam Digital Media Arts Undergraduate Programme. Beliau adalah seorang pendidik, penyelidik, kurator, dan artis. Bidang kerjaya dan menjadi tunjang pengkhususan beliau adalah seni Malaysia, budaya media dan teknologi kuratorial. Dia sering mengkaji sempadan makna dan nilai dalam pengeluaran dan tafsiran seni media baru. Beliau terlibat dalam International Juried Immedia Digital Arts Showcase, goto (“Net.Art”) from Asia, Third Place Gallery by Sony, Asia Pacific ICT Awards (APICTA) 2002 Showcase. Beliau pernah membuat Solo Exhibition of New Media yang bertajuk “Fermentation”.