Ibrahim Hussein

Allahyarham Datuk Ibrahim Hussein dilahirkan pada 1936 di Yan,Kedah, beliau meninggal dunia pada tahun 2009. Beliau mendapat pendidikan di  Nanyang Academy of Fine Arts,Singapura dan Royal Academy of Arts, London, dan Byam Shaw School of Drawing and Painting, London. Hasil karyanya banyak menggabungkan cetakan dan kolaj dan dipanggil printage. Beliau terlibat dalam banyak pameran dan dianugerahkan pelbagai anugerah antaranya Fulbright Award dan Crystal Award World Economic Forum di Switzerland pada 1997.