O. Don Peris

Don Peris lahir pada 15 September 1893 dan meninggal dunia di Kuala Lumpur pada 13 April 1975. Beliau merupakan seorang pelukis imigran yang berasal dari Sri Lanka dan merupakan Pelukis Diraja Sultan Johor pada tahun 1922 iaitu ditugaskan untuk melukis potret keluarga diraja dan memulihkan sebahagian daripada lukisan lama semasa pemerintahan Sultan Ibrahim.

Beliau belajar seni di Sri Lanka dan juga berada di bawah didikan M. Dereux yang merupakan  seorang pelukis dan pengukir di Paris. O. Don Peris bukan sahaja seorang pelukis, beliau juga telah belajar seni arca.