Rafie Ghani

Rafie Ghani dilahirkan pada 1962 di Kulim, Kedah dan beliau merupakan artis senior dalam dunia seni. Beliau memperolehi Diploma Seni dan Reka Bentuk (Seni Halus) dari Institut Teknologi MARA (ITM) pada tahun 1985 diikuti dengan Sarjana Fine Prints (MFA) dari Manchester Polytechnic, England pada tahun 1987. Rafiee Ghani menghadiri bengkel seni cetak di De Vrije Akademie Voor Bildeende Kunsten di The Hague pada tahun 1980. Beliau telah meneroka tema still-life sejak 1993.