Tetriana Ahmed Fauzi

Tetriana dilahirkan pada tahun 1979 di Kuala Lumpur. Beliau membuat karya lukisan 2 dimensi, catan dan instalasi dan karya-karyanya bertemakan alam terutamanya tumbuhan. Minat beliau terhadap tumbuhan sejak beliau bekerja separuh masa di Forest Research Institute of Malaysia untuk projek ilustrasi botani. Kini beliau merupakan artis separuh masa dan merupakan tenaga pengajar sepenuh masa di Fakulti Seni, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.