Chris Chong

Beliau membuat karya tentang proses dan metodologi dalam pelbagai bidang seperti migrasi, ekonomi, sains semula jadi dan imej bergerak. Medium penyampaian yang digunakan bergantung kepada apa yang menarik untuk membentangkan isu. Karyanya terdiri daripada imej bergerak, projection, filemografi, seni cetak, fotografi dan instalasi. Pada 2016, beliau telah dianugerahkan 2016 Fellowship daripada Smithsonian Institute (Muzium Smithsonian Sejarah Semula Jadi). Block B memenangi hadiah Filem pendek Kanada Terbaik di Festival Filem Toronto 2008.