Mohd Radzi Ismail

Mohammad Radzi Ismail dilahirkan pada tahun 1982 di Langkawi, Kedah dan telah menamatkan pengajian di UiTM Shah Alam dengan ijazah sarjana muda dalam Design seramik (Arca). Beliau memenangi hadiah Kepujian semasa Penang Open Show pada tahun 2005, dan hanya setahun selepas itu, memenangi hadiah pertama. Pada tahun 2009, beliau adalah salah seorang finalis untuk Anugerah IMCAS. Beliau telah mempamerkan karya-karya beliau sejak tahun 2002. Sejak dari universiti lagi, karya-karya Radzi telah dipamerkan dalam pelbagai galeri di seluruh Malaysia.