Hashim Hassan

Hashim Hassan dilahirkan pada tahun 1937 danmerupakan seorang pelukis kontemporari Malaysia yang paling konsisten dalam menggambarkan bentuk dan ikongrafi Melayu sepanjang penglibatannya dalam bidang seni visual.

Hashim menuntut di Canterbury College of Art, England pada 1965 hingga 1969 dan memperoleh Ijazah Sarjana Muda Reka Grafik dalam jurusan Tipografi dan Tanda serta Simbol, dan seterusnya Ijazah Sarjana daripada Universiti Ohio, Amerika Syarikat dalam Pendidikan Seni pada 1974.