Nur Hanim Khairuddin

Lahir di Johor Bahru pada tahun 1969, Nur Hanim Khairuddin adalah seorang artis, kurator, dan penulis seni dan budaya. Merupakan graduan lulusan Kajian Seni Lukis dan Seni Reka (Seni Halus)  ITM (kini UiTM) Shah Alam pada tahun 1994, beliau kerapkali diundang sebagai artis mahupun kurator untuk pameran di dalam dan luar negara serta pernah menerima beberapa anugerah di sepanjang penglibatan beliau di dalam bidang seni rupa.