b. 1964, India
Atul Bhalla telah menerokai makna air kepada persekitaran bandar, dan populasi bandar beliau(New Delhi) dari aspek fizikal, sejarah, rohani dan kepentingan politik menerusi karya yang menggabungkan arca, catan, instalasi, video, fotografi dan juga persembahan.

Bhalla mendalami isu dengan menggunakan pasir yang diambil secara fizikal dan terus dari Sungai Yamuna untuk membuat acuan konkrit  bekas air mudah alih. acuan ini kemudianya diletakkan didalam sebuah bekas kaca berisi air, membuat sebuah kesinambungan antara sejarah sumber air Delhi dan bekas pakai buang hari ini yang tidak mempunyai aspek kerohanian yang juga berkesinambungan dengan karya-karya fotografik beliau iaitu ”piaus” (water spigot/pili air) sebagai sebuah simbol dan sumber pembaharuan dan penyemakan semula.