Dilahirkan di Bangladesh pada 1955, Shahidul Alam adalah seorang jurugambar, penulis, kurator dan aktivis. Beliau juga adalah bekas presiden bagi Bangladesh Photographic Society, Alam juga telah menubuhkan  Drik Agency  yang telah memenangi pelbagai anugerah fotografi, beserta Bangladesh Photographic Institute dan juga Pathshala, yang merupakan institusi fotografi bagi Asia Selatan yang dianggap sebagai salah sebuah sekolah fotografi yang terbaik di dunia.