Speak Cryptic

Farizwan Fajari, atau lebih dikenali sebagai Speak Cryptic, lahir pada tahun 1980 dan merupakan seorang artis visual yang bekerja dan bermastautin di Singapura. Berinspirasikan bahasa visual yang berleluasa dengan kebudayaan komik dan muzik indie/underground, karya beliau secara utama banyak berhadapan dengan isu yang berkaitan keadaan, kehidupan sebagai seorang manusia.

Speak Cryptic cenderung dalam menggunakan ikonografi peribadi, menerusi sekumpulan watak yang beliau bangunkan selama bertahun, dalam pelbagai naratif yang berinspirasikan pemerhatian beliau pada urusan semasa, dan persekitaran beliau.