Bashir Makhoul merupakaan seorang artis Palestinian yang lahir pada tahun 1953 di Galilee. Beliau telah berpusat di United Kingdom selama dua puluh dua tahun, dan di waktu itu telah menghasilkan sekumpulan karya berasaskan estetik pengulangan motif yang dikenali dengan ciri visualnya yang menarik. Dalam penghayatan karya beliau secara estetik, audiens dirangkumi dengan isu yang lebih kompleks seperti ekonomi, nationalisma, perang dan penderaan yang kerap dikait bersama dengan karya Bashir secara konsepsual.

Karya Bashir jelasnya, bukan sekadar penghayatan teknik dan visual corak yang indah, ia menjadi tarikan dengan penggunaan bahan yang jelas, lebih tinggi tarikan kepada permukaannya yang berteraskan konsep.