AHMAD ZAKI ANWAR

Dilahirkan 31 Mac 1955 di Johor Bahru merupakan anak bongsu daripada 6 beradik. Beliau telah menunjukan bakat seninya ketika berusia 6 tahun. Ayahnya, Tan Sri haji Anwar bin Haji Malik merupakan seorang ahli politik dan pernah menjadi setiausaha sulit kepada Datuk Onn Jaafar semasa beliau menjadi Ketua Menteri Johor. Ahmad Zaki memulakan kerjayanya sebagai seorang pelukis grafik dengan mengahasilkan beberapa grafik pengiklanan pada zaman kegemilangannya. Bermula dengan itu, beliau mula berkembang sebagai pelukis seni halus dengan mengunakan teknik-teknik yang menjadi teladan dan bertaraf antarabangsa. Lukisannya bersifat realis dan potret ekspresif.