K. Thanggarajoo

Beliau dilahirkan pada tahun 1957 di Kuala Lumpur. Pada umur 18 tahun belaiu telah menyertai Anak Alam Group. Kumpulan itu sebelum ini dikenali sebagai Angkatan Pelukis Semenanjung atau Semenanjung Artist Group. Karya-karya yang dihasilkan adalah berbentuk abstrak. Selain melukis beliau juga bergiat aktif dalam persembahan seni teater. Dalam peranannya sebagai seorang aktivis sosial, beliau telah menyuarakan pendapatnya mengenai pelbagai isu pendidikan.