Dr. Siti Zainon Ismail

Siti Zainon Ismail (lahir 18 Disember 1949 di Gombak, Kuala Lumpur) merupakan seorang pengarang, pengkaji seni budaya warisan Melayu, seniman, penyair dan pelukis Malaysia. Beliau adalah penyair pelukis wanita yang terus aktif. Kerap mewakili negara dalam membaca puisi, pameran lukisan dan seminar seni budaya seluruh tanahair dan juga di peringkat antarabangsa. Beliau adalah penerima Anugerah S.A.E Write Award pada tahun 1989.

Puisi-puisi dan cerpen beliau telah diterjemah ke pelbagai Bahasa seperti Bugaria, Hindi, Inggeris, Korea, Urdu, Jepun, Perancis, Thailand dan Russia.

Buku Rumah Warisa Uwan dan Kasih Bunda Kampung Paya Kami menceritakan pengalaman warisan budaya beliau pada era 1950-an untuk generasi muda pewaris seni budaya bangsa.