Ilse Noor


Ilse Noor dilahirkan di Wipperfürth, Jerman pada tahun 1941. Pada usia enam belas tahun, beliau telah mula belajar seni grafik di bawah W.M. Stucke di Bonn, kemudian di Kolej Seni di Köln dan akhirnya di Akademi Seni Halus di München. pada masa inilah, beliau bertemu dengan bakal suaminya dan berkahwin kemudian berhijrah ke Malaysia pada tahun 1974.

Ilse Noor merupakan salah satu artis grafik terkemuka di Malaysia, beliau sangat suka dengan alam semula jadi, muzik dan puisi yang beliau terjemahkan dalam karya beliau dengan menggambarkan melalui interaksi cahaya dan bayang-bayang. Ilse Noor juga merupakan salah seorang pelukis printmaker paling menonjol Malaysia.