AB Ibrahim

B. Ibrahim atau Ibrahim bin Abu Bakar dilahirkan di Derga, Alor Setar dalam tahun 1925. Beliau adalah anak kelima dari sembilan orang adik-beradik. Persekolahan beliau hanya setakat darjah empat di Sekolah Rendah Melayu Derga. Apabila tamat persekolahan beliau menjadi peniaga di Pekan Rabu

Pada 1 April 1946, A.B. Ibrahim dengan A.J. Rahman dan Saidin Yahaya membuka sebuah kedai seni lukis yang diberi nama ‘Warna Art Studio’. Pada masa itu A.B. Ibrahim merupakan pelukis pertama di Malaysia yang bergantung hidup hanya kepada melukis.

‘Warna Art Studio’ hidup sebagai kedai membuat iklan, poster papan kenyataan berbentuk grafik di samping menghasilkan karya seni halus. Lukisan beliau mendapat sambutan hebat dari masyarakat British yang mengumpul lukisan untuk dibawa balik ke Eropah. A.B. Ibrahim amat cergas menganjurkan pameran-pameran seni lukis dan bergiat dalam Persatuan Pelukis Melayu sebagai pengasas.
A.B. Ibrahim meninggal dunia pada 25 Disember 1977.