Anthony Lau

Dilahirkan pada tahun 1933 di Johor Bahru, dan menerima pendidikan Seni di Brighton College of Art, Sussex, England pada tahun 1957 dan Indiana University di Bloomingtoon, Amerika Syarikat pada tahun 1968. Beliau berjaya mempengaruhi pelukis-pelukismuda dan guru-guru seni lukis pada lewat tahun 1950-an dengan konsep-konsep yang terbaru.

Sumbangan utama beliau kepada kegitan seni ialah dalam bidang seni arca. Beliau merupakan seorang daripada ahli Friday Art Group seangkatan dengan Syed Ahmad Jamal dan juga Jolly Koh. Beliau adalah antara daripada seseorang yang mempunyai sikap yang kukuh terhadap bahan dan ciri konvensional dalam suatu seni arca yang dihasilkan beliau.