Ismail Zain

Ismail Zain kelahiran Kodiang, Kedah tahun 1930. Mendapat pendidikan di Malayan Teacher Training College, Kirby, England. Beliau seterusnya ke Ravensbourne College of Art, 1961-1964 dan Slade School of Fine Art, University of London, 1964-1966.

Beliau menjadi anak tempatan pertama di lantik Pengarah Balai Seni Lukis Negara (1972-1975), kemudian menjadi Pengarah Kebudayaan di Kementerian Belia, Kebudayaan dan Sukan (1975-1982) dan Ketua Pengarah FINAS (1982-1985).

Ismail meninggal pada Ogos 1991, ketika berusia 61 tahun. Untuk mengenang beliau Galeri Petronas telah menganjurkan pameran AlKesah, 2016.