Joseph Tan Chan Jin

Joseph Tan merupakan salah seorang tokoh pelukis catan di Malaysia. Pendekatan gaya catan beliau berasaskan optik dan maklumat telah mengejutkan pelukis-pelukis tempatan dan masyarakat umum pada awal tahun 70-an. Joseph Tan bukan sahaja berkarya dalam bidang minimal, pop, op dan lain-lain aliran semasa tetapi juga menyarankan seni melibatkan kepintaran, nilai-nilai mistika dan metafisika iaitu maklumat dan ilmu yang luar dari bidang catan.