Nirmala Shanmughalingham lahir pada tahun 1941, dan telah melukis sejak awal tahun 1960-an. Nirmala mengambil bahagian dalam pelbagai pameran berkumpulan di Malaysia dan di peringkat antarabangsa seperti National Art Gallery Thailand, Fukuoka Art Museum, Japan, Barbican Centre London dan juga Muzium Seni Singapura.

Beliau memulakan latihan beliau di bawah Mohamed Hoessein Enas dan pergi  mendapat pendidikan seni daripada Corcoran School of Art, Washington D.C, Amerika Syarikat, kemudian di Fogg Museum of Art, di Harvard University pada tahun 1971 sebelum mengambil kursus Life Drawing, di Boston College of Art and Cambridge Adult Education Center di Massachusetts, dan akhirnya BSc (Hons) dalam Sejarah Seni dan Psikologi di Oxford Brookes University, Oxford, England. Beliau kembali ke Malaysia pada tahun yang sama, iaitu pada tahun 1978. Nirmala pergi semula ke England pada tahun 1992 ke Eropah, mempelajari seni cetakan di Goldsmiths, dan juga Ijazah Falsafah di Universiti Kolej London.

Beliau merupakan antara artis terawal yang mempamerkan karya instalasi  di Balai Seni Lukis Negara pada tahun 1973, dan juga kerap kali bekarya dalam mod pos moden yang beliau luahkan melalui dokumentari fotografi, objek jumpaan yang berkisar dengan tema yang berkait dengan seni awam/persembahan yang berkait dengan isu-isu sosial, seperti taraf hidup, penderaan kanak-kanak, pengeboman, isu-isu alam sekitar dan bencana. Nirmala meninggal dunia pada tahun 2016.