Zakaria Awang

Penubuhan Fakulit Seni Reka di Institut Teknologi MARA(ITM) pada tahun 1967, telah melahirkan kursus seni halus pada tahun 1971, yang menjadi pemangkin kepada gerakan arca awam, dan secara keseluruhan, medan seni pos moden Malaysia. ITM merupakan antara institusi penting mengeluarkan bakat-bakat seni baru yang secara tidak langsung, membantu perkembangan seni moden, pos moden dan kontemporari Malaysia sehingga kini.

 Awal 80an memperlihatkan kemunculan pengarca dari institusi yang telah memperkembangkan gerak arca awam. Antara mereka adalah Allahyarham Zakaria Awang, yang secara intrinsik, telah menerapkan konteks tradisi dan seni Islam seperti kaligrafi, yang menggunakan petikan daripada ayat-ayat Quran, namun dengan medium dan persembahan barat iaitu dalam bentuk installasi, yang menjadi inspirasi kepada artis-artis baru pada tahun 70 an.