Datuk Mohd. Yaman Hj. Ahmad Mus

Allahyarham Mohammed Yaman Hj. Ahmad Mus dilahirkan di Putatanm Kota Kinabalu, Sabah pada 29 November 1938, dan meninggal dunia pada 28 Disember 2010 pada umur 72 tahun. Beliau merupakan mantan Pengarah Muzium Negeri Sabah, dan juga seorang pemangkin kepada perkembangan seni di Sabah pada awal 1980 an. Datuk Mohammad Yaman telah menubuhkan Muzium Negeri Sabah, yand dibawah pendtadbiran Kementerian Belia, Budaya & Sukan,beliau menjadi  resident sementara di salah sebuah bangunan Muzium Negeri Sabah, beliau juga merupakan pereka, dan telah membina mural istimewa untuk Wisma Sime Darby Kuala Lumpur, beliau merupakan seorang yang sangat berminat akan kesenian.

Melalui tahun 1954 hingga 1957, beliau  terlibat secara aktif dalam produksi kartun beserta strip komik, beliau juga mahir berillustrasi dan  melukis. antara komik yang dilukis beliau adalah “Pa Lang”, “Adventure of Tom”. “The Group of Three” dan lebih lagi. Antara bakat lain beliau adalah menulis, dimana tulisannya diterbitkan dibawah nama pena “AHMMADONY”, EMWAI SABAH” dan juga M.Y. melalui jangka tahun ini juga, Datuk Mohammad Yaman telah menjadi pengasas bagi AGABA, sebuah organisasi kebudayaan yang diketuai oleh En. Donald Stephens (Tun Mohd. Fuad Stephens) dan juga Persatuan Sastera Sabah.  Allahyarham Mohammed Yaman Hj. Ahmad Mus merupakan seorang pemimpin, pelukis dan penulis yang disegani, yang telah banyak menyumbang kepada perkembangan Seni Lukis Sabah.

.