Mahen Bala

Mahen Bala dilahirkan di Ampang, Selangor. Beliau merupakan seorang jurugambar dokumentari dan pembikin filem yang pakar dalam dokumentasi dan konteks Malaysia iaitu sejarah, warisan dan budaya. Gambar-gambar dan filem-filem beliau telah dipamerkan di peringkat antarabangsa, dan menghasilkan filemografi yang meluas dan melibatkan dokumentari dan projek naratif. Beliau kini bekerja mendokumenkan sejarah kereta api Malaysia dan kehidupan orang-orang yang bergantung kepadanya.