Haron Mokhtar

Haron Mokhtar berasal dari Simpang Lima Sungai Besar dan dilahirkan pada tahun 1963. beliau mendapat pendidikan Ijazah Sarjana Muda di UiTM. Pada tahun 1988 beliau memperolehi Art Teachers Diploma (Pendidikan Seni) untuk bertugas sebagai guru. Beliau membuat karya catan dan cetakan, dan kebanyakannya bertemakan dengan diri beliau dan tentang warisan Malaysia. Beliau pernah membuat pameran solo di Yesteryears Part II, Interpr8t Art Space, Kuala Lumpur.