Juhari Said

Dilahirkan pada 1961, dan kini menetap di Hulu Langat, Selangor. Beliau mendapat pendidikan di Universiti Teknologi MARA dari 1979 hingga 1983. Beliau merupakan artis cetakan, catan dan arca dan terdapat gabungan ketiga-tiganya dalam satu karya.  Pada tahun 1993, beliau mewakili Malaysia ke bengkel ASEAN di Manila, dan pada tahun yang sama dianugerahkan geran penyelidikan di Paris oleh Kerajaan Perancis. Pada tahun 1994, Japan Foundation telah menganugerahkan beliau geran penyelidikan untuk mempelajari seni cetak tradisional Jepun di Tokyo dibawah bimbingan seniman nasional Yoshisuke Funasaka. Pada tahun 2008 pula, beliau dilantik sebagai Ahli Cipta atau Creative Fellow di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.