Azhar Manan

Azhar Manan dilahirkan pada tahun 1961 di Negeri Sembilan. Beliau melanjutkan pelajaran peringkat Ijazah Sarjana Seni dan Reka Bentuk Universiti Teknologi Mara (UITM) dan mendapat Sarjana Seni Halus di The Maryland, Institut Kolej Seni Baltimore, Marylan, USA. Beliau pernah terlibat dalam Shah Alam Biennale dan beliau pernah memenangi tempat ketiga dalam Bakat Muda Sezaman pada tahun 1991. Karya beliau banyak menyentuh tentang kehidupan dan warisan Malaysia yang ingin beliau lindungi dan pertahankan.