Noorazizan Rahman@Paiman

Noorazizan Rahman Paiman dilahirkan pada 1970 di Melaka kini beliau tinggal dan bekerja di Perak. Beliau menerima Ijazah Sarjana Muda dalam Seni Halus dari Universiti Teknologi MARA UiTM, Malaysia, pada tahun 1995 dan Sarjana dalam Seni Halus dari Universiti Metropolitan Manchester, United Kingdom pada tahun 2001. Karya-karya beliau yang diilhamkan oleh perubahan pesat dan hebat Malaysia telah dilalui selama ini. Beliau pernah terlibat dalam pameran The 1st  Fukuoka Art, Fukuoka Asian Art Triennale pada 1999, 5th Asia-Pacific Triennial of Contemporary Art, Brisbane pada 2006 dan Singapore Biennale pada 2016.