Dr.Sharmiza Abu Hassan

Dilahirkan pada tahun 1972 di Taiping, Perak. Beliau seorang pengarca dan artis instalasi. Beliau juga merupakan seorang tenaga pengajar di Fakulti Seni dan Reka  Bentuk di UITM Shah Alam. Beliau mendapat pendidikan Ijazah Sarjana Muda di Universiti Institut Teknologi Mara, Shah Alam Sarjana Seni Kreatif di University of Wollongong, New South Wales, Australia. Karya beliau kebanyakannya berkenaan tentang sejarah, lagenda, kisah budaya Melayu dan subjek yang berkenaan cakerawala kehidupan seharian dengan pendekatan kontemporari. Pada tahun 2016 beliau terlibat dalam Shah Alam Biennale dan Singapore Biennale.