Jaafar Taib

Jaafar Taib dilahirkan di Alor Gajah, Melaka pada 28hb Julai, 1952. Beliau memulakan karier di dalam bidang seni lukis lebih dari 25 tahun yang lalu sebagai seorang illustrator, dan pada hari ini beliau telah pun mencapai reputasi yang teguh di dalam dunia penerbitan. Beliau tidak hanya berjaya sebagai seorang kartunis dan ilustrator bahkan telah berjaya mencipta nama sebagai seorang ahli perniagaan yang disegani. Beliau telah berjaya menubuhkan dan menerajui syarikat Creative Enterprise Sdn Bhd CESB, sebuah syarikat penerbitan yang mengumpulkan antara artis-artis dan karyawan seni berbakat dan mahir di tanah air.