MENGENAI KL BIENNALE 2017

Apakah KL Biennale 2017

Kuala Lumpur Biennale 2017, adalah program seni kontemporari berskala mega dan bertaraf antarabangsa yang dikelolakan oleh Balai Seni Visual Negara

Tema KL Biennale 2017

Tema program KLB 2017 ialah KLB Belas atau KL Be Loved. Menurut Kamus Edisi Keempat (2015) terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), ‘Belas’ bermaksud hiba, turut bersedih dan kasihan. Belas juga bermaksud merahimi iaitu menaruh belas kasihan. Tema ini dipilih untuk memperlihatkan bahawa KLB 2017 ini melampaui tema Biennale antarabangsa yang lazim seperti isu keberasingan, konflik etnik, peperangan dan politik. Tema ini juga bersifat membina dan berkaitan ihsanat iaitu kasih sayang, keikhlasan, kebahagiaan, kejujuran, toleransi, saling menghormati, kebersamaan, harapan dan kelestarian (sustainability).

KLB2017 bakal membina keutuhan ketamadunan dunia bagi memperlihatkan amalan sosiobudaya yang diilhamkan oleh sifat peduli terutamanya belas kasihan bagi memastikan kesejahteraan hidup sejagat. Tema KLB 2017 didefinisikan kepada 5 Belas iaitu Belas Insan, Belas Alam, Belas Haiwan, Belas Warisan dan Belasungkawa.

  1. Belas Insan
    Belas terhadap insan memfokuskan kepada mangsa bencana, orang kelainan upaya, orang asal, orang miskin di bandar dan luar bandar, orang tua, anak yatim, anak gelandangan, ibu tunggal dan mangsa dera;
  2. Belas Alam
    Belas terhadap alam memfokus kepada alam semula jadi, habitat terancam, alam semesta, flora dan fauna bagi memastikan keseimbangan antara kesejahteraan hidup dengan pemuliharaan alam sekitar;
  3. Belas Haiwan
    Belas ini adalah khusus terhadap haiwan yang dianiaya dan mengalami kepupusan. Fokus adalah kepada spesis terancam yang terkesan dari sikap manusia sendiri;
  4. Belas Warisan
    Belas warisan terbahagi kepada 2 iaitu belas terhadap warisan Ketara seperti seni bina, alam semula jadi seperti flora dan fauna dan warisan tidak ketara iaitu seni persembahan, seni tampak, ritual kepercayaan serta muzik dan lagu bagi memberi nilai tambah kepada pengalaman unik pelancong; dan
  5. Belasungkawa / Kerohanian
    Belas terhadap tokoh yang telah meninggal dunia dinilai dari segi wasiat budaya dan seni. Aktiviti ini akan memfokuskan sumbangannya kepada pembangunan masyarakat, haiwan, warisan serta kesejahteraan alam. Tema kerohanian akan menampilkan karya-karya yang bersifat spritual

Negara Terlibat

ASEAN + 3 dan Negara INDIA

Objektif KL Biennale 2017

  • memperluaskan jaringan dan kerjasama Balai Seni Negara dan memastikan pembangunan industri seni kontemporari yang memartabatkan seni tempatan di persada dunia;
  • menerapkan identiti Malaysia dan profil negara khususnya Kuala Lumpur supaya tersemat pada peta seni global sebagai bandar dunia yang wajib dikunjungi;
  • menempatkan negara Malaysia dalam kalangan negara Asia yang gigih membangunkan sektor ekonomi kreatif yang berdaya saing dengan ekonomi kreatif global; dan
  • merangsang serta memupuk nilai-nilai murni budaya Malaysia dan menerap belas kasih serta meningkatkan nilai hidup berharmoni dan lestari.

Organisasi KL Biennale 2017

Pengerusi : YBrs Encik Johan Ishak
Ahli Jawatankuasa : Prof. Madya Hasnul Jamal Saidon
Prof. Zulkifli Yusoff
YBhg. Dato’ Khairul Anwar Salleh
YBrs .Puan Izan Satrina Mohd Sallehuddin
YBrs. Encik Amerrudin Ahmad
Ketua Pengarah : YBhg. Prof. Dato’ Dr. Mohamad Najib Ahmad Dawa
Pengarah Program : YBrs. Encik Amerrudin Ahmad
Jawatankuasa Pemilihan : YBrs. Prof. Madya Zulkifli Yusoff
YBrs. Prof. Madya Hasnul Jamal Saidon
YBrs. Prof. Dr. Muliyadi Mahamood
Encik Johan Ishak
Encik Amerrudin Ahmad
Encik Mohamad Majidi Amir
Ahli Kuratorial : Prof Zulkifli Yusoff
Encik Bakhtiar Naim Jaafar
Encik Mohd Faizal Sidik
Puan Tan Hui Koon
Pejabat Urus Setia : Pejabat KL Biennale

Kurator

BIOGRAFI KETUA KURATOR

ZULKIFLI YUSOFF

Professor Zulkifli Yusoff adalah seorang pengkarya yang telah berkecimpung dalam arena seni visual lebih 30 tahun .Kini beliau telah berkhidmat selama 20 tahun sebagai pensyarah di Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim, Perak, Malaysia. Beliau merupakan seorang ahli akademik yang pertama menerima Anugerah Akademik Negara (kategori seni) pada tahun 2017.

Sebagai seorang pelukis , beliau telah menyertai pameran di peringkat tempatan dan antarabangsa semenjak 1980an hingga kini. Beliau adalah diantara pemenang utama Bakat Muda Sezaman, Balai Seni Lukis Negara pada tahun 1988 dan 1989, pemenang hadiah utama dari Kementerian Kebudayaan dan Kesenian dalam Pameran dan Pertandingan Salon Malaysia pada tahun 1992. Diantara penyertaan Zulkifli Yusoff di persada antarabangsa khususnya dalam biennale adalah perwakilan beliau ke Seychelles Visual Arts Biennale , Carnegie Museum, Seychelles pada tahun 1992, 1st Asia Pacific Triennial of Contemporary Art, Brisbane , Australia pada tahun 1993 dengan karya ‘Immunity’ Modernities and Memories: Recent works from the Islamic world, Venice Biennale, Italy pada 1997 dengan karya ‘Don’t Play During Maghrib’,dan juga menyertai Singapore Biennale, If the World Changed di Muzium Seni Singapura pada tahun 2013 dengan karya ‘Believe in God‘.

Zulkifli Yusoff adalah seorang Ahli Lembaga Pengarah Balai Seni Negara 2016 hingga kini , dan juga merupakan ahli Jawatan kuasa pakar warisan (Seni Halus) yang telah diiktiraf dari Kementerian Warisan Malaysia. Beliau juga adalah seorang Professor Seni Halus VK7 pada 2017.


FAIZAL SIDIK

Seorang kurator jabatan pameran di Balai Seni Negara, Kuala Lumpur. Faizal Sidik lahir pada tahun 1978, merupakan graduan Universiti Teknology Mara(UiTM) dengan Ijazah Sarjana Muda Seni Halus. Beliau juga merupakan seorang artis, dimana arca, installasi serta karya-karya abstrak Faizal Sidik secara am, difokuskan kepada ilham dan naratif yang berkait dengan kesedaran kolektif serta medium songket dan rekaan tekstil. Sebelum menjawat sebagai seorang kurator dari Balai Seni Negara, Faizal Sidik pernah mengambil pengalaman sebagai pensyarah di Art Film Design Academy(AFDA), Multimedia Academy (MTDC) dan Universiti Teknologi Mara(UiTM).

Pada tahun 2012, Faizal telah menjadi kurator bagi pameran Conceptual Art, From the collection of National Visual Arts Gallery’ dan pada tahun 2011 buat pameran ‘’Wayang U-Wei Angkat Saksi’’ yang merupakan satu sebuah kaji selidik terhadap karya seorang pembuat filem terkemuka Malaysia, iaitu U-Wei Haji Shaari, dan pada 2013, menjadi co-kurator bagi Bienalle Singapura yang ke empat. Terutamanya, Faizal berminat dalam mengkaji hubung kait antara pembuat seni seperti artis, artis-kurator dan juga kurator dengan itu Faizal juga telah memberi sumbangan dalam pelbagai penerbitan, yang terkini adalah ‘’ASEAN Art:Five Decades of Development and Challenges’’ yang diterbitkan oleh Galeri Seni dan Muzium Bank Negara Malaysia pada tahun 2015, ‘The Transformation of Roles: Curatist–Artist as Curators’, Senikini(2014), ‘Revolution in Malaysian Art, Sociocultural and Political Experiences Through Young Contemporaries from the 1970s until Today’, National Art Gallery, (2010).

BAKTIAR NAIM

Adalah seorang graduan daripada UiTM. Beliau menyertai Balai Seni Negara sejak 2006 sebagai seorang Penolong Kurator, dan kini sebagai Kurator bahagian Penyelidikan Jabatan Pameran Balai Seni Negara. Baktiar telah menjadi kurator kepada beberapa pameran, antaranya adalah ‘’Saksi & Bukti’’ 2008,’’Absur(d)city 2014, ReadRawing yang di co-curate bersama Erry Arham, Petronas Gallery pada tahun 2014, ‘’Recent Acquisition in 2015, Mnemonic Capturing pada tahun 2015 sebuah projek kerjasama Galeri Seni Johore, dan Mapping Malaysian Modern Art History pada tahun 2016. Kini Baktiar Naim terbabit dalam kumpulan kurator dalam KL Biennale 2017, khususnya dalam kajian penceritaan, dan naratif ‘’Belas’’.


TAN HUI KOON

Tan Hul Koon, telah menerima ijazah dari Universiti Sains Malaysia pada tahun 2017 yang berkarya dan memperkembangkan praktis seni dalam bidang kuratorial. Beliau kini adalah kurator di Balai Seni Negara,Malaysia. Semenjak 5 tahun kebelakangan, Hui Koon memimpin divisi pendidikan, merancang dan menyusun pengisian program, mencadangkan aktiviti penglibatan orang awam dan strategi pembangunan pelawat. Beliau adalah kurator Aliran Semasa pameran seni media oleh pengkarya muda pada 2013, ko-kurator ‘Immaterial Frontiers 2.0’ satu pameran seni media Asia Tenggara pada 2014, dan telah mencipta satu komuniti projek , Gerakan Seni pada 2015 sebagai seorang pangarah artistik. Kurator untuk pameran 101 Malaysian Women Art Show pada 2017. Beliau adalah salah seorang kurator ‘Mapping: Malaysia Modern Art History 1920-1970 yang mencadangkan pameran tetap Balai Seni Negara (BSN) ; Forum Pameran Seni Kontemporari Malaysia di Ilham Gallery dan Biennale Kuala Lumpur yang pertama pada 2017.

Data Biennale di Malaysia untuk Tahun 1966 - 2016

3 Artis Biennale terbaik dari Malaysia