| Laman Seni Kuala Lumpur
merupakan salah satu program Kementerian Kebudayaan,
Kesenian dan Warisan Malaysia (KeKKWa) dalam merealisasi
hala tuju kementerian merakyatkan seni, menceriakan budaya
dan mengekalkan warisan. Ia diseliakan oleh Balai Seni Lukis
Negara dengan bantuan agensi-agensi di bawah kementerian -
Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS),
Perpustakaan Negara Malaysia, Jabatan Kebudayaan,Istana Budaya (IB),
Perbadanan Kemajuan Kraftangan, Malaysia,Arkib Negara,
Jabatan Muzium dan Akademi Seni Kebangsaan (ASK).
Laman Seni ini adalah berkonsepkan Karnival seni ataupun
pasar seni.
Objektif
- Merakyatkan Seni, menceriakan budaya dan mengekalkan Warisan
- Memberi ruang dan peluang kepada penggiat seni / pengkarya
memasarkan terus produk mereka kepada orang ramai.
- Memperkenalkan lagi Balai Seni Lukis Negara kepada orang ramai
Bila?
Laman Seni Kuala Lumpur yang pertama telah diadakan pada
14 Ogos 2004 dan telah dirasmikan oleh YB Datuk Seri Utama Dr
Rais Yatim. Ianya berterusan dan akan diadakan pada setiap Sabtu
Minggu Pertama setiap bulan dari jam 8.00pagi hingga 5.00petang.
Di mana?
Perkarangan Balai Seni Lukis Negara dan Istana Budaya,
No.2, Jalan Temerloh, Di Jalan Tun Razak, 53200 Kuala Lumpur.
Beginning August 2004, the National Art Gallery
of Malaysia and agencies under the Ministry of Culture,
Arts and Heritage Malaysia together with Kuala Lumpur City
Hall, various artists' associations, painters, designers,
designers, artisans, craftspersons and art students will
join forces in organising LAMAN SENI KUALA LUMPUR (or Kuala
Lumpur Arts Market).
Subsequently, Art and craft lovers can attend LAMAN
SENI KUALA LUMPUR on the first Saturday of every
month from 8:00am to 5:00pm, in the surroundings of
the National Art Gallery and the National Theatre on Jalan
Tun Razak. |